AKHI TV Kini di YOUTUBE, Yang Lain?

Satu fenomena kini penggunaan Youtube dalam menyampaikan info serta maklumat yang lebih luas. Memang tidak dinafikan artis Youtube lebih menyerlah dan berkesan daripada menyertai mana-mana rancangan realiti TV, buktinya Justin Bieber, Yuna (Myspace), dan Najwa Latif. Itu daripada sudut hiburan. Bagaimana pula dengan agama??

Siapa yang tidak kenal Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ustaz Kazim, dan  yang terbaru Ustaz Don, tokoh-tokoh agama ini menggunakan medium Youtube juga untuk menyampaikan ilmu, walaupun hakikatnya bukan mereka yang meng’upload’ di Youtube. Medium Youtube adalah medium dunia. dari Kutub Utara ke Kutub Selatan, dari Barat ke Timur, semua berkiblatkan Youtube untuk mencari info-info berbentuk video.

Informasi bertulis dan informasi video merupakan skoop yang berbeza dan kesannya pun cukup berbeza. Video yang disulami dengan ‘live action’nya, manakala nukilan di kertas mampu untuk ditipukan dengan hanya sebatang pen atau sepapan kunci komputer. Tidak boleh juga dinafikan dengan video-video yang boleh ditipu dan sebagainya. Namun penulis fokuskan kepada perkara yang boleh memberikan manfaat kepada semua.

CENSERVE harus ditunjukkan kepada umum. Youtube boleh membantu dalam mempromosikan jenama kelab mahupun CENSERVE. Akhi sudah pun mengikut jejak CENSERVE dalam melahirkan mini TV yang tersendiri, kelab-kelab lain, bila lagi ya?

Skil atau kemahiran boleh dibentuk, yang penting ‘passion’. tahniah untuk AKHI TV, di harap di masa-masa yang akan datang QYC TV, JKQ TV, JASA TV (walaupun sudah ada sebelumnya), COMRADE TV, GEMILANG TV, TACT TV, TW TV, PERKIM TV, STEADFAST TV, INSPIRE TV, MISI TV, CARING TV dan SENDI TV mampu mewujudkan salurannya yang tersendiri dalam memperlihatkan aktiviti-aktiviti mereka.

Kini, cukuplah kita digelar SS atau Syok Sendiri kerana tidak menghebohkan serta menunjukkan apakah aktiviti kita yang sebenarnya. Biarlah serata dunia menonton dan mendoakan kita dengan apa yang dipertontonkan mampu membuatkan mereka merasa tidak kesepian dan kesunyian. Ini adalh mereka ada KITA yang mampu menghulurkan tangan!

Bukan riak, bukan takbur menjadi keutamaan dan harus diperbincangkan, tetapi keuntungan untuk UMMAH yang harus digemblengkan bersama baik idea mahupun perbuatan.

Jom layan VIDEP PERTAMA AKHI TV:

Your Comments

Powered by Facebook Comments

censerveteam editor

About censerveteam editor

Pembantu Tadbir Sambilan di CENSERVE. Lahir bulan Januari, maka agak sensitif jugak manusia ini. Lulusan UIAM dalam IRK (Ilmu Wahyu).