Assalamualaikum Gemilangians & para pengunjung,
Selepas setahun “batch 11″ menjadi ahli keluarga Gemilang, kini tiba masanya untuk kami merekrut ahli baru yang bakal menjadi Gemilangians “batch 12″. Brothers & sisters yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami bolehlah singgah ke booth Gemilang Club pada 22 dan 22 Februari 2012 bertempat di ITD Foyer (berdekatan masjid). Booth kami dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang.
Anda juga dijemput untuk ke Gemilang Raccolta, iaitu “grand mass gathering” yang diadakan untuk memperkenalkan Gemilang dan juga sebagai sesi perkenalan antara mentor-mentor lama dan juga ahli baru Gemilang. Gemilang Raccolta akan diadakan pada
Tarikh : 23 Februari 2012
Masa : 8PM
Venue : ADM LT3 (atas kedai fotokopi hijau, tingkat 3)
Kepada brothers & sisters yang berminat boleh mendaftar sebagai ahli dengan cara berikut:
1) Pendaftaran secara online.
2) Mendaftar di booth kami pada 22-23 Februari 2011.
3) Mendaftar di Gemilang Raccolta.
Kepada yang mendaftar online dan di booth kami, kami akan memaklumkan butiran Gemilang Raccolta kepada anda melalui SMS.
Jom ramai2 jadi sebahagian dari Gemilangians!